Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kelibat Wanita Kendong Anak Di Lebuhraya

Wednesday, 13 October 2010



PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.


Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.
Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat