Gambar 2 Ketua Menteri Melaka Membazir Tetapi Diiktiraf Negeri Maju?










Percaya atau tidak itulah sebenarnya bangunan yang diperintah oleh Ketua Menteri Melaka terdahulu dan Ketua Menteri Melaka yang sekarang, Ali Rustam. Begitu banyak sekali bangunan yang terbengkalai di zaman pemerintahan terdahulu.

Adakah relevan Melaka diiktiraf negeri maju pada tahun 2010 dengan kehadiran bangunan terbengkalai ini yang sedikit sebanyak mencacatkan kemajuan negeri Melaka itu sendiri. Gambar ini bukan diambil sebelum Melaka diiktiraf sebagai Melaka Maju 2010 tetapi diambil selepas 4 hari diiktiraf sebagai Melaka Maju 2010.

Kita tidak tahu dari aspek dan segi manakah yang dikatakan negeri maju? Belum siap bangunan yang terbengkalai, wujud pula bangunan baru di zaman Ali Rustam yang mana konsep reka bentuknya adalah 'Arab City'. 

Jarak antara kedua-dua bangunan terbengkalai dengan bangunan baru adalah dibezakan dengan laluan jalan raya sahaja. Begitulah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Melaka hari ini. Berjuta-juta wang rakyat dihabiskan semata-mata mahu mengejar nama.


Sekarang bangunan tersebut telah usang dan seakan-akan akan dibiarkan sebagai tempat sarang burung walid. Bukan hanya dua atau tiga blok bangunan sahaja tetapi berpuluh-puluh bangunan.

Sehinggakan bangunan dan tempat terbengkalai itu dijadikan lokasi penggambaran pihak pengantin seperti dalam gambar di atas. Begitulah dua Ketua Menteri yang tidak sebulu maka projeknya juga seperti 'Engkau-engkau, aku-aku'. Duit punya pasal maka berlakulah gila kuasa dan tindas-menindas antara satu sama lain.

Lokasi tempat di atas adalah berdekatan dengan Masjid Selat di mana kawasan tersebut sudah menjadi tempat pelancongan walaupun dengan bangunan terbengkalai. Begitu seni bangunan terbengkalai sisi mata masyarakat negeri Hang Tuah ini.

Pernah juga ada pemimpin UMNO dengan riak mengatakan bahawa jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya adalah hasil usaha dari mereka. Bagaimana dengan hasil usaha dengan bangunan di atas? Mereka mungkin terdiam seribu bahasa mengenai bangunan ini. Orang UMNO mungkin lupa dengan bangunan ini kerana sudah disajikan dengan Melaka Maju 2010 yang tiada spesifikasi.

Comments

Anonymous said…
salam.. btw, nih gamba dekat Pulau Melaka.. rasanya kalau lah ko nih cerdik skit.. ko tak siasat ke knp projek tu stay like that for a long time? bukankah kontraktor projek tu dan kerajaan negeri tgh fight di mahkamah? kerajaan negeri nak take over to developt it tp the case masih dibicarakan.. thats why it had been like that for so many years.. tau2 jer lah kes mahkamah nih mana leh selesai 2-3 hari. harap buat lah selidik lebih skit.. gamba nak byk sampai leh wat album.. tp kalau setakat kat 1 pulau tu jer.. org luar melaka ko boleh lah nak tipu.
ala bleh je cpt kes ni settle... hulur la duit skit kat hakim tu... mcm la awk x tau ktua mnteri dia suka rasuah.. jgn duk emo sgt smpai mrh. biasa la mrk suka wat artikel.. sbr tau fosgate..
azam said…
Ape yg nak di herankan..bukan duit poket ketua2 mnteri tu..duit rakyat diaorg peduli apa..daripada membazir cara bangang mcm tu,kan ke baik ketua2 mnteri ni naik kan taraf sekolah2 AGAMA,sekolah2 TAHFIZ beri bantuan sewajarnya.Tak perlu murid2 nya mencari dana dgn meminta derma & menjual brg2,dgn ada nya saluran keewangan yg baik,murid2 ini dpt menumpukan prhatian pada pelajaran. Itu pun kalau ketua2 mnteri ni tak "COP" sekolah2 agama & tahfiz dgn lmbang "Bulan"....