Banyak Duit UMNO Kelantan?

Patutlah harga tiket dinaikan dengan sesuka hati sehingga ada pakej tu dan pakej ini ketika perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan. Rupanya presiden KAFA itu adalah orang UMNO. Cara yang cuba mahu dilakukan sama seperti cara UMNO/BN menindas rakyat cuma yang ini dalam bentuk sukan.

Stadium Kelantan merupakan stadium paling mahal harga kutipan tiket untuk setiap perlawanan. Tetapi kenapa masih tidak mencukupi sumber kewangannya? Ke mana perginya sumber kewangan tersebut. Setiap perlawanan melibatkan Kelantan, kutipan tiket pada setiap perlawanan adalah RM200,000 lebih. 

Cuba kita kira jumlah kutipan tiket semasa berlangsungnya Liga Super tempoh hari melibatkan 13 perlawanan berlangsung di Kota Bharu. Jumlah harga kutipan kasar tiket adalah RM2.6 juta untuk Liga Super. Pada peringkat Piala Malaysia pula melibatkan 5 perlawanan di Kota Bharu dan jumlah kasar ialah sekitar RM1 juta dan belum dikira dengan harga untuk perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu ini.

Adakah masih tidak mencukupi?

"Kita sengaja mencipta motto yang khusus iaitu ”permainan tercantik, penyokong terbaik” dalam perlawanan itu nanti,” katanya (Annuar) kepada pemberita pada majlis pelancaran tabung insentif pemain Red Warriors Kelantan di sini hari ini.

Antara sumbangan yang diterima ialah RM100,000 dari badan perhubungan UMNO Kelantan, Syarikat Yusmira Trading (RM7,500) dan UMNO Bahagian Ketereh (RM3,000).

Annuar turut menerima replika cek bernilai RM257,400 sebagai pemberian bonus kepada pemain Kelantan sepanjang Piala Malaysia musim ini.

Comments