Tandatangan Bantah Roboh PASTI dan Surau Bukit Katil



Klik imej untuk pembesaran

Kenapa PASTI dan surau menjadi mangsa kerajaan UMNO/BN Melaka? Apakah punca utama mereka mahu robohkan tempat anak-anak kecil belajar dan juga tempat masyarakat beribadat. Apa yang membezakan Melayu PAS dengan Melayu UMNO?

Adakah Melayu UMNO ikut petunjuk Inggeris sehinggakan tidak dapat membezakan yang baik dan buruk. Mana perginya slogan membela Islam yang dilaung-laungkan oleh UMNO seperti anjing menyalak? Membela Islam pada luaran tapi hati kotor.

Kecoh 1Malaysia UMNO tunjuk perasaan seperti membela Islam apabila bukan Islam masuk masjid atau surau namun mereka sebenarnya kantoi dengan tindakan mereka. Seperti apa yang akan berlaku di PASTI dan Surau Bukit Katil ini.

Dalam pertemuan dengan pegawai yang memantau untuk merobohkan PASTI dan Surau Bukit Katil, pegawai tersebut mengatakan kawasan ini akan dibuat laluan jalan raya. Apa kejadahnya jalan yang mahu dilaksanakan sedangkan kawasan tersebut bukan tanah kerajaan Negeri Melaka.

Paling peliknya adalah hanya PASTI dan Surau Bukit Katil sahaja yang akan diroboh sedangkan sebelah PASTI itu ada rumah orang UMNO dan belakang surau juga ada rumah orang UMNO tetapi tiada dalam perancangan merobohkannya.

Sebenarnya ini tindakan dengki dan khianat UMNO/BN Melaka yang kecewa setelah pihak PAS menganjurkan beberapa siri ceramah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat. Tambahan pula ceramah yang diadakan oleh pihak PAS adalah daripada PAS Kawasan Bukit Katil.

Siri ceramah yang dianjurkan PAS mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ceramah yang membuatkan UMNO panas adalah yang diadakan di sekitar DUN Bukit Baru, Parlimen Bukit Katil. Tambahan pula DUN Bukit Baru tempat Ali Rustam bertanding.




Kekecewaan UMNO jelas menampakkan mereka tersepit dengan siri-siri ceramah PAS. Mereka bukan sahaja mahu merobohkan PASTI dan surau Bukit Katil namun mahu merobohkan MTD Bukit Baru.

Keganasan UMNO ini umpama Yahudi Israel. Mereka akan lakukan apa sahaja demi menjayakan matlamat mereka. Mereka berusaha akan cuba merobohkan juga namun kita perlu berusaha dan berdoa agar golongan jahil ini tidak rakus dalam menjahanamkan agama Islam dan masyarakat.

Comments