Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Gereja Gay

Friday, 3 September 2010

Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.
Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.
Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.
"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.
Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat