Utusan (Bukan Kena Pukul) vs Harian Metro (Bukan Bunuh Diri)

Cuba kita baca artikel dari kedua-dua akhbar ini. Manakah yang membela kerajaan dan yang laporkan kebenaran? Utusan kata mati bukan sebab kena pukul tetapi Harian Metro kata mati bukan bunuh diri. Siapa yang berbohong dalam melaporkan berita? Cuba baca tajuk UTUSAN: Tiada Bukti Beng Hock Dipukul, diseksa dan HARIAN METRO: Bukan Kes Bunuh Diri

Harian Metro

Pakar patologi forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankannya pendapatnya kemungkinan Teoh Beng Hock mati dibunuh, hasil bedah siasat kedua dijalankan terhadap mendiang, November tahun lalu.
Namun, katanya, dia kini bertukar pandangan mengenai peratusan setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah itu dibunuh atau membunuh diri.
“Saya tidak dapat menyentuh mengenai hal peratusan kerana sudah menjalankan bedah siasat kedua. “Pandangan kali pertama dulu (80 peratus Teoh dibunuh) adalah kerana perlu meyakinkan kepada mahkamah bagi menjalankan bedah siasat kali kedua. “Namun, saya amat yakin, ini bukanlah kes bunuh diri,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz pada Inkues Teoh Beng Hock, di Mahkamah Koroner, di sini, semalam.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip mengeluarkan kenyataan menggemparkan negara selepas bedah siasat kali pertama apabila mengatakan 80 peratus kemungkinan Teoh mati akibat dibunuh. Pendedahan kontroversi itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan bedah siasat kedua pada November tahun lalu. Dr Pornthip berkata, dia masih berpegang kepada beberapa pandangannya terdahulu bahawa kecederaan pada Teoh adalah sebelum mangsa jatuh.

Laporan penuh

Utusan

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

Comments