Timbalan Menteri Gila Seksual

Timbalan Menteri mana pula yang jadi kaki seksual ni? Dahsyatnya Barisan Nasional sehinggakan membela Timbalan Menteri yang begitu jijik dan adakah ini contoh yang baik untuk ditunjukkan kepada masyarakat? Belum sempat menjadi juara rakyat, juara seksual pula muncul selepas sekolah mengandung. Paling jijik bukan setakat seksual sebaliknya ada pelacuran gadis bawah umur.

Timbalan Menteri Seksual ini memulakan kerja-kerja seksualnya ketika selepas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008. Selain itu, Timbalan Menteri Seksual juga ada buat perniagaan pengedaran dadah. Begitu hebat dan mantap sekali Timbalan Menteri dari Barisan Nasional. Inikah sikap yang dtunjukkan sebagai seorang yang duduk dalam kerajaan?

Bukan setakat buat perniagaan dadah, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP. Betul-betul berjaya perniagaan haramnya. Adakah Pemimpin atasan mereka tidak tahu akan perkara ini atau sengaja disembunyikan untuk mengelakkan diketahui oleh rakyat.

Bukan setakat bekal pelacur malah timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan. Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan. 

Barisan Nasional sudah berjaya meramaikan aktiviti pelajar sekolah mengandung dengan adanya Timbalan Menteri Seksual, adakah ini suatu rancangan penubuhan sekolah mengandung yang dicadangkan oleh Ali Rustam. Patutlah Ali Rustam beriya-iya mahukan sekolah mengandung, rupa-rupanya sudah ada Timbalan Menteri Seksual.

Comments