Polis Mengamuk


SEORANG anggota polis cuba membuka pintu sebuah bas yang dirampas bekas pegawai polis di Manila semalam.


Sebuah drama tebusan berakhir semalam di sini apabila enam penumpang bas terbunuh selepas seorang bekas pegawai polis mengamuk dengan menahan penumpang termasuk sejumlah pelancong dari Hong Kong di dalam sebuah bas.
Menurut polis, bekas pegawai polis itu turut terbunuh menjadikan angka kematian keseluruahan ialah tujuh orang.
Pada mulanya, penyerang itu membebaskan sembilan tebusan menyebabkan cuma 15 tebusan berada di dalam bas berkenaan.
Rundingan antara pihak polis dengan penyerang itu yang menuntut dia diterima semula bekerja dalam pasukan polis berakhir selepas dia mula menembak ke arah penumpang.
Tindakan bekas pegawai polis itu menyebabkan pasukan polis menyerbu ke dalam bas.
Penyerang itu mati ditembak oleh seorang penembak hendap selepas dia menggunakan tebusan sebagai perisai manusia untuk melindunginya dalam insiden yang berlaku selama 12 jam.
Lima tebusan dibawa ke Hospital Besar Manila dengan dua daripada mereka meninggal dunia semasa tiba manakala tiga lagi disahkan masih hidup dan tidak cedera. Insiden bermula apabila seorang bekas pegawai polis yang dipecat, Inspektor Kanan Rolando Mendoza merampas sebuah bas pelancong dari Hong Kong.
Dia bersenjatakan selaras raifal M-16 semasa melakukan rampasan menuntut supaya diterima kembali ke dalam pasukan polis.
Terdahulu, lelaki bersenjata itu membebaskan sembilan tebusan dan menawan 15 yang lain. 
Sumber: Agensi

Comments