Lagi Bakal Dimasukkan Ke Dalam I.S.A

Sekarang timbul pula isu keselamatan dalam negara yang boleh menjejaskan ekonomi dan keselamatan. Keselamatan ini bukan datangnya dari kumpulan manusia sebaliknya keselamatan yang boleh menggugat negara adalah melalui sebuah telefon canggih Blackberry.

Jika ia berbahaya, adakah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri akan menyumbat telefon bimbit ini dalam penjara Kamunting keana mengancam keselamatan negara? Terpulang kepada kerajaan dan menetri I.S.A. Beberapa buah negara telah mengharamkan telefon cangih ini kerana mengancam keselamatan negara.

“Kami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya,” kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi semalam.

Tiga hari lalu, pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) menyatakan tekad untuk tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna selepas dua kerajaan Teluk mengancam untuk menyekat perkhidmatan pentingnya.

Syarikat yang beribu pejabat di Kanada menyatakan yang ia “tidak akan mengambil mudah dalam soal integriti dan keselamatan BlackBerry.”

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi ‘Messenger’, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Dalam kenyataannya, RIM mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi.

Comments

LegendZ said…
minta SB dn polis bertindak segera..sila buru pengancam negara ini, sumbatkan 'mereka' ke dlm isa..rasanya senang je nak cari..byk kt kedai2 hp..haha
skrg wujud pula keselamatan dlm negara yg menggunakan teknologi.. harap KDN dapat tangkp mereka ini dikedai telefon sementara stok masih ada..