Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Giliran Wartawan Malaysiakini Kena Panggil

Saturday, 21 August 2010


Wartawan portal berita Malaysiakini, Jimadie Shah Othman semalam dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor berhubung artikelnya bertajuk "Enakmen Larangan Kalimah Allah Ketinggalan Zaman" yang disiarkan 21 Januari lalu.
Beliau diarahkan hadir pukul 9.30 pagi semalam di Cawangan Siasatan Jenayah, ibu pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jais.
Bagaimana pun menurut Jimadie beliau tidak dapat hadir atas kesuntukan masa kerana menerima surat tersebut pada hari yang sama beliau dipanggil.
"Saya mempertahankan apa yang saya tulis," kata beliau ringkas ketika dihubungi Suara Keadilan.
Surat bertarikh 11 Ogos yang ditandatangani oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Noorasnita Maktar menyatakan Jimadie disiasat di bawah Seksyen 58(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 2008.
Seksyen itu menyatakan, " Jika mana-mana orang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian itu, pejabat penguatkuasaan agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang hakim dan kemudian hakim itu boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran tangkap untuk menghendaki kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pejabat Penguatkuasa Agama itu".
Artikel tersebut antara lain memetik komen Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang berpandangan bahawa enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.
“Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang.
“Bukan kata sudah buat, okeylah semua ikut sahaja, lepas itu tidak boleh kaji balik sama sekali. Itu satu kaedah dan pendekatan yang jumud dan tidak harus ada pada umat Islam.
“Namun, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah,” kata Khalid di dalam artikel tersebut.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat