Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bakteri Misteri Makan Tumpahan Minyak

Friday, 27 August 2010

GAMBAR menunjukkan bakteria (dalam bulatan) yang memakan minyak.


Saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya menyelesaikan misteri kehilangan tumpahan minyak yang bocor dari telaga dalam insiden terburuk di perairan Teluk Mexico baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia disebabkan sejenis bakteria yang dikesan memakan dengan begitu pantas kira-kira lima juta tong minyak yang bocor dari pelantar Deepwater Horizon milik firma gergasi British Petroleum (BP) selama 87 hari di teluk itu.
Ketua Jabatan Ekologi Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley dekat sini, Terry Hazen berkata, bakteria pemakan karbon itu dikenali sebagai oceanospirillales, merebak cepat kira-kira 10 kilometer dari pelantar BP itu meletup pada 20 April lalu.
"Kami belum pernah melihat bakteria ini dan ia makan amat laju sehingga apabila sampel dibawa balik ke makmal, semua minyak yang tumpah telah pun habis licin dibersihkan oleh bakteria ini," kata Hazen. 
Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat