1 September, Ali Rustam Pengetua Sekolah Hamil

Belum reda dengan isu sekolah hamil, Ketua Menteri Melaka telah menetapkan tarikh bahwa pada 1 September ini adalah tarikh sekolah hamil beroperasi. Kenapa tergesa-gesa untuk menubuhkan sekolah ini? Adakah li Rustam ghairah dengan mereka yang terlanjur?

Sepatutnya isu sekolah hamil ini perlu di bawa ke dalam sidang DUN Melaka untuk sesi perbahasan dan bukannya menubuhkan dengan kiut suka hati sebagai seorang Ketua Menteri. Ramai-ramai pemimpin UMNO, Ali Rustam yang paling menonjol dalam isu ini.

Paling peliknya dalam sistem pembelajaran ini, mereka boleh memilih untuk pilih sistem kebangsaan sedia ada atau mereka kan belajar agama. Memang tidak masuk akal langsung. Sepatutnya perlu diberikan didikan agama serta kauseling dan penubuhan sekolah initidak perlu kerana ia akan mengaibkan mangsa yang terlanjur akibat perbuatan oang lain.

Sebagai contoh, mangsa yang dirogol adalah bukankehendak beliau tetapi setelah masuk ke sekolah mengandung umum akan mengetahui bahawa pelajar tersebut adalah pelajar terlanjur kalau dibandingkan dengan tidak wujudnya sekolah mengandung.

Maruah diri dan keluarga akan tercalar kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengumpulkan seberapa ramai wanita yang terlajur akibat perbuatan secara rela atau secara paksa. Bagi yang berlaku bukan kerana kerelaan mereka, ini akan terus mengaibkan diri dan keluarga mereka.

Pengerusi Sekolah Murid Mengandung ialah ADUN dari Pantai Kundor, Datuk Abdul Rahaman Ab Karim. Penubuhan sekolah ini akan menggalakkan perbuatan maksiat yang berleluasa jika dibandingkan dengan langkah pencegahan.

Mungkin ini minda pemimpin Melayu yang hanya mementingkan publisiti sehingakan maruah dijaja begitu sahaja melalui penubuhan sekolah ini. Inilah akibatnya jika meletakkan ISLAM di bawah dan meletakkan kepentingan politik di atas.

Comments