Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Undi Pos Tinggi Tapi Ramai Bekas Tentera Belum Daftar Mengundi?

Monday, 19 July 2010


AWANG ADEK (enam dari kiri) dan Muhammad (empat dari kiri) bersama pelajar cemerlang pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBTM Kelantan di Kota Bharu semalam.


Lebih 30 peratus daripada 450,000 bekas tentera di negara ini masih belum berdaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, kebanyakan mereka gagal dikesan terutama golongan yang bersara tanpa pencen.

Menurutnya, selain tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih separuh daripada jumlah itu juga gagal mendaftar sebagai ahli persatuan berkenaan.

"Mereka sepatutnya sedar dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tetapi saya lihat kebanyakannya terus berdiam diri selepas bersara.

"Kalau tidak mahu mengundi sekalipun biarlah sekurang-kurangnya berdaftar dengan SPR agar pada masa akan datang jika undi kita diperlukan, maka sumbangan dapat diberi," katanya kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan Tahunan ke-42 PBTM Kelantan di sini semalam.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat