UMNO Sesat, Sudah Ada Yang Anggap Najib Rasul

Sekarang sudah ada yang terlalu taksub sehinggakan menganggap Perdana Menteri Malaysia adalah sebagai rasul. Keadaan sudah semakin tenat terutamanya ketika rakyat yang masih lagi dibuai mimpi tidak nampak kerakusan UMNO/BN sudah mengkhanati rakyat dan ada pula yang menganggap Najib sebagai Rasul.

Sebelum ini dalam Malaysia kita sering terdengar dengan ajaran sesat yang mengaku dirinya rasul dan adakah selepas ini UMNO juga akan dilabelkan sesat yang dipimpin oleh Najib sebagai pengasas utamannya. Mereka yang terlalu taksub dengan Najib sehinggakan menjadikan Najib sebagai rasul.

Apakah beliau buta (merujuk dari komen di bawah) bahawa ciri-ciri seorang Islam adalah menutup aurat, pemimpin yang amanah dan sebagainya. Adakah dia tahu bahawa isteri Najib itu tidak menutup aurat? Hanya golongan sahaja yang tidak wajib menutup aurat iaitu;

1. Kanak-kanak yang belum mumayiz (baligh)
2. Gila
3. Bukan beragama Islam

Bahagian manakah yang patut isteri pemimpin UMNO pilih dalam menangkis hujah berkaitan menutup aurat? Adakah mahu memilih hujah yang pertama? Takkan mereka mahu mereka mahu memilih yang ketiga kerana nama mereka ada "binti". Paling layak diberikan kepada mereka adalah yang kedua.

Bagaimanakah beliau boleh menganggap Najib itu sebagai rasul. Najib pun mungkin kemalu-maluan dengan komen  yang dberikan oleh seorang penyokong UMNO ini atau sebaliknya. Kita semua berdoa agar mereka ini tidak sesat bersama UMNO.

Sebelum ini Shafie Afdal juga mengatakan PAS adalah sebuah parti ajaran sesat. Namun kenyataannya itu memakan diri apabila UMNO cuba mengajak PAS bersatu. Kalau sebuah parti itu sesat, kenapa UMNO mahu bersatu. Tidakkah bodoh kenyataan seorang menteri itu. Sekarang ini siapa yang sesat dalam menerima ajaran? Renunglah wahai menteri yang otaknya dilutut.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui bukti seorang yang terlalu taksub dengan UMNO. Klik pada tarikh untuk membaca komen beliau.


Assalam 1Malaysia,
kenapa smua org selalu salahkan UMNO & PM malaysia.salahkan diri sendiri.Kalau PM kita betul2 salah & terlibat dlm pembunuhan tentu mahkamah & polis telah menagkap beliau...tetapi dengan kuasa Allah ini semua xterjadi kerna Allah tahu siapa yg betul & Anwar yg meliwat dijatuhkan hukuman.sedarlah wahai semua,PR ada agenda hendak megadaikan melayu di tangan org2 kafir.PAS hanya memperkolotkan minda org2 di malaysia.hanya UMNO yg dapat membela bangsa melayu & agama islam yg suci.D.S.najib adalah sebaik-baik manusia seumpama rasul yg patut kita sanjungi & muliakan.kerana beliau telah menyatukan kita semua bangsa dlm 1Malaysia.D.S.najib adalah pemimpin islam yg patut kita & TG Nik Aziz patut contohi.. terima kasih assalam 1malaysia.

Comments