Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Mayat Bogel Ditemui Terikat

Wednesday, 21 July 2010


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang remaja perempuan yang ditemui tanpa pakaian di Machang semalam.


Misteri menyelubungi mayat seorang remaja perempuan apabila dia ditemui tanpa identiti dan dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di dada kiri di Sungai Bagan, Pulai Chondong dekat sini petang semalam.

Ketika ditemui mangsa yang dipercayai berusia sekitar 20-an berada dalam keadaan tertiarap dan terapung di permukaan sungai berkenaan dengan kaki kanannya diikat pada sebatang pokok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat itu ditemui oleh seorang penduduk yang ingin memikat burung pukul 1.15 petang.

Bagaimanapun menurutnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa walaupun pakaiannya ditemui kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat