Angi Kencang Ribut Petir Landa Pantai Barat

Angin kencang barat laut dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di perairan Phuket mulai Selasa hingga Khamis depan.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan perairan Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak yang mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. 

Sumber: Berkata

Comments