UMNO Tunjuk Hero

Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.

Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.

Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Ahli jawatankuasa biro penerangan bahagian, Wan Indera Putera Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, acara itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman akhbar itu.

Wan Indera Putera berkata Suara Keadilan jelas menipu dan memfitnah dalam laporannya.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".

"Sehubungan itu saya menyokong tindakan FELDA mengambil tindakan (saman) terhadap PKR dan kepada akhbar tersebut," katanya.

p/s

UMNO tidak sedar ke yang utusan, berita harian tu pun kaki kencing. Selalu saja kena saman sebab sudah tidak ada isu. Jangan cuba jadi hero dikalapemimpin mereka sendiri yang mengkhianati amanah rakyat. Hari ini mereka menjadi jaguh bakar akhbar. Mungkin sebelum ini merekalah yang membakar bendera Malaysia yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.

Comments