Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kerajaan Sudah Lulus Lesen Judi, Kenapa Mahu Kecoh?

Friday, 25 June 2010

Usah berbicara pasal banteras judi sukan dikala kerajaan yang menghalalkannya. Inlah padah yang diterima oleh rakyat akibat kedangkalan meluluskan lesen judi. Ada menteri melayu bagaikan cacat dalam bidang agama dan asyik memperjuangkan kemelayuan yang entah di mana silapnya melayu.

Di mana silap keris yang selama ini ditujukan kepada orang melayu. Hanya parti keris yang membela melayu dan yang mengadaikan melayu juga adalah sang keris. Mereka hanya pandai berkata-kata tapi bodoh dalam akal fikiran mereka.

Gejala judi bola ini sudah menjadi barah kepada peminat sukan dan ada yang sanggup bertaruh dengan jumlah wang besar. Dalam tempoh seminggu sahaja kutipan judi telah mencecah angka RM300 juta. Golongan yang paling ramai terlibat judi adalah golongan melayu yang juga dikalangan belia umur 20-an.

Apa boleh buat? Main sajalah judi bola yang diluluskan kerajaan. Apa nak takut? Kalau Tuhan pun tidak takut, apa yang boleh diperkatakan. Bila manusia tidak takut dan tidak kenal Tuhan mereka maka jadilah kes mattlamat menghalakan cara.



OMAR (kiri) menunjukkan buku catatan pertaruhan dan pelbagai peralatan yang digunakan dalam kegiatan judi bola sepak di Shah Alam semalam.


Seramai 21 individu disyaki bookie judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang mengendalikan pertaruhan mencecah RM5 juta ditahan dalam 13 siri serbuan di Selangor dalam tempoh seminggu bermula 18 Jun lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, tangkapan itu melibatkan 18 suspek lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warganegara China yang berumur antara 24 hingga 57 tahun.

Menurutnya, lokasi serbuan membabitkan empat kes di Gombak, Ampang Jaya (tiga kes), Subang Jaya (dua kes) serta Kuala Langat, Petaling Jaya, Klang dan Sabak Bernam masing-masing satu kes.

"Dalam operasi itu, kami menyerbu pelbagai premis seperti rumah, siber kafe dan restoran yang dikenal pasti dijadikan tempat menerima pertaruhan di kalangan kaki judi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat