Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Wanita Paling Banyak Tatu

Friday, 28 May 2010


JULIA menunjukkan tatu pada perutnya.


Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Julia Gnuse mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila dia memiliki tatu paling banyak di tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menetap di Foothill Ranch, Lake Forest, California menghadiri pesta buku di sini kelmarin dengan menunjukkan 95 peratus tubuhnya dipenuhi tatu termasuk lukisan hutan dan kartun sehingga menampilkan wajah pelakon terkenal.

Menceritakan kenapa dia mempunyai banyak tatu, Julia berkata, pada mulanya dia membuat tatu di kakinya yang mengalami penyakit kulit melepuh apabila terdedah pada cahaya matahari.

Dia kemudian bertatu di perut, lengan dan belakang badan.

Menurutnya, dia kemudian menjadi seorang wanita yang ketagih tatu. 

Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat