Tujuan Lesen Judi Diluluskan Untuk Jatuhkan Kerajaan Kedah?

Kebanyakkan yang main judi adalah orang Melayu dan yang meluluskan lesen judi adalah pemimpin melayu dari kalangan parti yang memperjuangkan hak orang melayu.

Kata Dr M, melayu sudah lupa. Kenapa lupa? sebab lesen judi yang dikeluarkan oleh pemimpin melayu tersebut adalah untuk membodohkan orang melayu yang tiada pegangan agama.

Keuntungan yang akan diperoleh dari hasil pengeluaran lesen judi bola sepak Piala Dunia akan digunakan untuk operasi politik yang kotor. 

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyatakan akan ada dalam masa terdekat salah satu negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang seperti mana yang berlaku di Perak.  

Dalam masa yang sama, terdapat desas-desus yang mengaitkan bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan berlaku dalam masa terdekat walaupun dinafikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abd Razak. 

Sekarang sudah terbukti bahawa ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan dengan meluluskan lesen judi dan malam tadi rakyat Sibu mengajar Barisan Nasional bahawa mereka tidak suka dengan tindakan kerajaan itu menyebabkan BN tumbang di negeri Sarawak kepada DAP-PR.

Itulah tujuan utama mereka meluluskan lesen judi. Selepas ini ramai lagi wakil rakyat yang mereka akan beli. Mereka yang paling bodoh kena tipu adalah yang menyokong UMNO.

Comments

Putra IJ80 said…
Klo PRK Sibu di menangi ole BN ari tur ...sudah pasti PRN bagi DUN Kedah akan di buat dgn apa cara sekali pon ole BN dlm masa terdekat nie.

Malang nya setelah berbagai usaha untuk menipu di saat akhir kiran undi BN masih Gagal memepertahankan dan DAP MENANG.

Menyebabkan usha mereka terbantut,sahingga ada isu baru yg.mereka akan cipta.

Dasar penipu tetap akan menipu dari dulu kini dan selama lama nya.