Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Sumber Makanan UMNO Adalah Judi, Arak dan Pelacuran

Sunday, 16 May 2010

Judi Bola: Cadangan Awang Adek Hussin

Arak: Negeri UMNO, Ali Rustam

Pelacur: Siapa agaknya yang akan cadangkan?

Sekarang sudah ada dua perkara haram yang diluluskan atau dibenarkan oleh UMNO yang kononnya membela agama dan melayu.

Sebelum ini banner minum arak beramai-ramai telah digantung di Melaka Raya. Ketua Menteri yang terlibat adalah dari kalangan orang melayu dan bukannya Wah Ah Leong atau Ramasamy tetapi yang ada nama dan ditengahnya diletakkan nama Bin yang merujuk kepada Islam.

Kedua ialah yang terkini berkaitan dengan judi bola sepak sempena Piala Dunia yang bakal berlangsung pada Jun nanti. Cadangannya juga dari kalangan oang melayu dan bukannya dari kalangan Chua Soi Ming atau Kamalaraju tetapi datangnya dari seorang yang cuba jadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 2008 iaitu namanya Awang.

Siapakah yang akan melengkapkan lesen judi untuk pelacuran ini? Adakah hatrik dari pemimpin UMNO? Kemungkinan ya, tetapi itulah sumber makanan mereka untuk hidup kerana bagi mereka yang halal adalah halal dan yang haram adalah halal dan tidak pernah mengatakan haram itu haram kecuali untuk perhimpunan haram.
Hari ini ada dua kenyataan dari orang bukan Islam dan bekas mufti:

Pertama: Penasihat Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Chua Kim Tee

“Sebagaimana pendirian Fomca, saya juga merasakan kerajaan tidak patut membenarkan perjudian bola sepak di negara ini kerana sudah terlalu banyak kedai nombor ekor beroperasi.

“Sebagai negara Islam dan walaupun saya bukan beragama Islam, saya menganggap perjudian ini tidak patut dibenarkan,” katanya ketika diminta mengulas tindakan kerajaan membenarkan lesen judi bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, bulan depan.

Kedua: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin

Tindakan kerajaan yang menghalalkan lesen judi untuk Piala Dunia dibimbangi akan mendorong pelacuran akan menjadi industri yang akan dilesenkan. 

Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, makan kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen," kata Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Abidin yang dipetik dari media. 

Amalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) bakal meruntuhkan institusi keluarga dan bakal merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan -lahan. 

Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah

Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini. 

Mana kenyataan dari multi UMNO? Sudah mati ke mereka ini?

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat