SPRM Kena Siasat Rasuah di Bawah Ini

Di bawah disenaraikan beberapa perkara yang sepatutnya perlu diambil berat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Semua ini janji manis yang ditabur oleh UMNO ketika pilihanraya P.212 Sibu baru-baru ini.

  • Kolej Laila Taib akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.  

  • Pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di bawah RMK-10.

  • RM 1 bilion projek peparitan dan tebatan banjir.

  • RM 611 juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu.

  • RM 20 juta timbang bina kompleks sukan di Sibu.

  • RM 18 juta bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh di Sibu.

  • RM 18 juta untuk projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak.

  • RM 10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak.

  • RM 1.12 juta untuk projek pembangunan Islam di Sibu.

  • RM 1 juta bangunkan semula rumah penduduk daif Kampung Jeriah.

  • RM 926,200 projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawng Assan di sini.

  • RM 600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama serta membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom.

  • RM 500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu.

  • RM 200,000 untuk RELA Sarawak.

  • RM 100,000 untuk persatuan Ibu Tunggal Sibu.

  • RM 100,000 projek makmal sekolah SK Nanga Tutus.

  • RM 50,000 untuk RELA Sibu.

  • RM 10,400 untuk Kampung Teknologi di setiap bahagian.

  • RM 10,000 di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Kampung Wifi pertama di Malaysia.

  • RM 10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah.

  • RM 1,000 saguhati khas kepada setiap polis zaman darurat di Sarawak.

  • Siaran TV satelit percuma kepada 200,000 penduduk kawasan pedalaman, 1,000 komputer canggih percuma kepada pelajar.

  • Program komuniti SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah.

Comments