Kronologi Saiful Liwatan


Ini kronologi kes Sayfoooool..memang banyak yang panas..dan ada jugak yang memeranjatkan kita dan ada bukti menunjukkan bahawa Sayfoooooooooooool ini penipu dan ada satu konpirasi dalam menjatuhkan Anwar.
24 Jun 2008 - Sayfoooooooooooool telah berjumpa dengan dengan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 dan kata dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut berjumpa seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka) di Hotel Melia dan menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

25 Jun 2008 - Sayfoooool telah hubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mahu mengadu diliwat Anwar tapi beliau tak ingat siapa bagi contact nombor mamat ketua polis ni.
26 Jun 2008 - Sayfoooooooooooool dakwa diliwat di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang. Dia juga tidak mandi dan hanya bilas badan sahaja. Sayfool menjelaskan mengapa beliau tidak membuat laporan polis pada 26 haribulan sebaik selepas diliwat kerana ingin mendapatkan nasihat daripada beberapa orang iaitu Mumtaz Jaafar, Pakciknya, Tuah, saudara Ezam dan seorang guru agama.

27 Jun 2008 - Sayfoooooooooooool tak mandi..masih simpan bukti diliwat Anwar kononnya. Dekat tengah malam, jumpa Ezam Mohd Nor di Tasik Putri Rawang. Dalam pertemuan yang disertai oleh rakannya “Rahimi” dan bapa saudaranya “ Tuah”, Saiful memberitahu dia telah dianiaya.

28 Jun 2010 - Saksi pakar, Dr Mohd Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi telah memeriksa Sayfooooool yang beritahunya dia sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut. Tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat. Apabila diperiksa Sayfoooool, Dr Osman telah catatkan dalam laporan perubatannya bahawa Sayfooool dicederakan dengan plastik di bahagian dubur dan bukannya diliwat.

Laporan polis turut dibuat di Balai Polis Jalan Travers, K.L oleh Sayfooooool yang dalam reportnya kata Anwar liwat beliau secara paksa.

Saiful dilihat “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Terdapat sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwatnya semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger.
29 Jun 2008 - Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.
30 Jun 2008 - Anwar keluar dari Kedutaan Turki.

1 Julai 2008 -Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai 2008 -Sayfooooool muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.

8 Julai 2008 - Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Sayfoooool yang mendakwa Anwar meliwatnya.

15 Julai 2008 - Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

16 Julai 2008 - 10.05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.

17 Julai 2008 - Anwar dibebaskan dengan jaminan polis

30 Julai 2008 - Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu Sayfooooool mengikut hukum qazaf.

31 Julai 2008 - Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

31 Julai 2008 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

6 Ogos 2008 - Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.

7 Ogos 2008 - Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Sayfooooool. Anwar kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Perbicaraan disambung 10 September.

15 Ogos 2008 - Sayfoooooooooooool melafazkan Sumpah laknat yang dilafazkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang hari Jumaat, 2 hari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh..Sayfoool telah bersumpah di Masjid Wilayah, bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI. Sayfoooooooooooool sama ada menipu mahkamah atau media. Menyatakan beliau hanya diliwat sekali dalam sidang media dan laporan akhbar akhbar bertajuk Saya diliwat ' bertarikh 15 Ogos 

Ini keterangan sebenar dari Malaysiakini..

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti. 

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

10 September 2008 - 10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.

24 September 2008 - Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.

7 Oktober 2008 - Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR.  

8 Oktober 2008 - Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.

9 Oktober 2008 - Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

31 Oktober 2008 - Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak. Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang.

7 November 2008 - Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar. Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.

14 November 2008 - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

9 Februari 2010 - Sayfoooooooooooool dakwa diugut bunuh oleh email dari individu yang tidak dikenali. Didalam email tersebut, apabila dia membacanya, ianya mengadungi satu pernyataan yang disiarkan didalam Fanpage Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengugut bunuhnya..Sayfoooooool buat laporan polis

Sekarang?? Sayfooooool sedang merapu dan tak lama lagi, semua konspirator akan terdedah..sama-sama kita tunggu kesudahan cerita raja lawak ini..

Sumber: Tun Hisyamuddin

Comments