Hari Ini Jual Pos Malaysia, Esok Jual Negara

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Hussein mengumumkan yang syarikat milik Kerajaan, Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad.

Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini mengumumkan mahu menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd. Dengan itu Kerajaan tidak lagi menguasai Pos Malaysia. Tindakan ini jelas adalah kesilapan Khazanah sendiri bukan hanya Pos Malaysia sahaja.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen dalam blognya berkata, mereka sepatutnya melepaskan Transmile Group bukan Pos Malaysia kerana percaturan yang dibuat melibatkan kepentingan strategik negara.

"Soal untung rugi, rakyat boleh terima. Tapi kalau banyak macam ini dan hanya kerana satu kesilapan sahaja memang tak boleh terima. Selama ini kita melihat begitu banyak syarikat milik Kerajaan yang rugi," jelas beliau dalam blognya.

Beliau berkata, selepas Pakatan ambil ahli Kedah, Pulau Pinang dan Selangor hal yang sama  dapat dibongkarkan.

Menurut beliau, banyak syarikat milik Kerajaan rugi di bawah pentadbiran Barisan Nasional(BN) disebabkan kesilapan membuat pelaburan.

Herman berkata, syarikat-syarikat ditubuh kerana projek tertentu atau kepentingan kroni tertentu mereka. Duit dipam masuk setiap tahun walaupun syarikat itu rugi dan terus rugi.

"Bila sampai ke tangan Kerajaan Pakatan, kita ambil masa untuk jual atau susun semula syarikat ini sebab ini bukan kerja macam jual ikan kat pasar.

"Bila nak jual, pembeli akan fikir soal prospek. Bila nak susun atau tutup syarikat yang rugi ini Kerajaan perlu fikir soal kepentingan dan kebajikan pekerja yang ada.

"Bukan senang nak cuci ‘najis ekonomi’ yang ditinggalkan BN. Bayangkanlah kalau satu negara ini diperintah Pakatan. Lebih banyak penyelewengan dan kerugian akan dibongkar,"Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen dalam blognya.

Comments