Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Dagu Ditanduk Lembu

Monday, 24 May 2010


GAMBAR menunjukkan dagu Julio Aparicio ditanduk oleh seekor lembu jantan di Festival San Isidro Feria di Madrid pada Jumaat lalu.


Seorang matador dari Madrid, Julio Aparicio dirawat di unit rawatan rapi selepas dagunya ditusuk tanduk seekor lembu jantan di sini, kata beberapa pegawai hospital.

Aparicio yang berumur 41 tahun dihantar ke sebuah hospital selepas lembu jantan itu menusuk dagu matador tersebut yang menerobos ke dalam mulutnya.

Namun, beberapa pakar bedah berjaya membaiki semula tisu yang rosak akibat tandukan itu dan kelmarin dia dilaporkan sudah sedar semasa dirawat di unit rawatan rapi di hospital berkenaan.

Aparicio yang terkenal dengan gelaran Julito merupakan salah seorang bintang pada pertandingan laga lembu terkenal di Sepanyol, Festival San Isidro. 

Sumber: AFP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat