Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

7 Kanak-kanak Mati Ditetak

Thursday, 13 May 2010


SEORANG anggota polis mengawal sebuah tadika yang menjadi lokasi tujuh kanak-kanak mati di Hanzhong, China semalam.


Seramai tujuh kanak-kanak, seorang pengusaha tadika dan ibunya mati ditetak bertubi-tubi oleh seorang pemilik hartanah di utara China semalam dalam insiden keganasan terbaru melibatkan murid tadika.

Insiden tragis itu yang berlaku di sebuah tadika di Hanzhong, wilayah Shaanxi berakhir dengan penyerang berkenaan membunuh diri.

Ia merupakan serangan kelima melibatkan kanak-kanak dalam tempoh kurang dua bulan di sebalik tindakan pemerintah yang mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar sekolah-sekolah di negara berkenaan.

Agensi berita rasmi Xinhua memetik seorang pegawai di Jabatan Kecemasan Shaanxi sebagai berkata, serangan itu dilakukan oleh seorang lelaki, Wu Huanming, 48, yang bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging.

Serangan ganas itu berlaku semasa tadika tersebut baru dibuka.

Seramai 11 lagi kanak-kanak cedera dengan dua daripada mereka parah.

“Pembunuh itu kemudian pulang ke rumahnya dan membunuh diri,” lapor Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai tempatan, Wu Xiaoyan.

Siasatan awal polis mendapati Huanming telah menyewakan sebuah rumah untuk dijadikan tadika.

Namun, dia marah selepas tadika itu masih digunakan walaupun perjanjian sewaan telah tamat pada April lalu. 

Sumber: AFP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat