Zambry Pengecut, Takut Kena Cabar

Kenapa tiba-tiba takut kena cabar? Bukan ke Zambry itu adalah samseng kerana merampas jawatan Menteri Besar Perak secara haram? Sepatutnya samseng kena berani dicabar dan bukannya penakut untuk dicabar. Mungkin yang ini spesis lain kot.

Tetapi tidak mengapa kerana ia boleh dibela secara elok untuk dijadikan projek perintis. Zambry merupakan prototaip Najib dalam merampas negeri secara haram. Prototaip Najib untuk negeri Perak berjaya apabila menggunakan tikus makmalnya (Zambry). Namun tikus makmalnya di Selngor gagal untuk merampas dar Pakan Rakyat.

Di bawah ini kenyataan dari samseng yang pengecut. Dia pantang dicabar oleh Pakatan Rakyat namun sanggup mencabar dirinya untuk dipergunakan oleh BN. Kenyatan ini dipetik dari Utusan Munafik dan sumber asalnya adalah Bernama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi amaran kepada pakatan pembangkang terutama anggota Parlimen supaya tidak mencabarnya secara berlebihan.

Beliau menyifatkan anggota Parlimen pembangkang melampau apabila menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan seperti ”penipu besar” apabila mendedahkan menerima tawaran jawatan itu sekiranya melompat parti.

Comments