Wanita Kena Tampar oleh Ikan


GAMBAR yang disiarkan di sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor ikan kap melompat dan 'menampar' muka Jodi di Sungai Illinois, baru-baru ini.


CHICAGO - Seekor ikan kap Asia 'menampar' seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Jodi Barnes semasa ia melompat dari Sungai Illinois, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa mengikut satu program sukan memanah ikan kap dari sebuah bot laju kerana spesies liar itu gemar melompat jika mendapati ada bot yang bergerak melintasi sungai tersebut.

Semasa Jodi bersedia untuk memanah ikan kap, seekor ikan kap tiba-tiba melompat dan terus melibas tepat ke mukanya.

Seorang lelaki kemudian bergegas membantu wanita itu yang mengalami sedikit luka pada wajahnya akibat di 'tampar' ikan berkenaan. 

Sumber: Agensi

Comments