Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Tersangkut dan Mati Pada Pkok

Saturday, 24 April 2010


KAKAK mangsa, Siti Suraini (dua dari kanan) menangis melihat mayat Mohd. Ridzuan di Rumah Mayat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.


Jika kebiasaannya pelajar yang ponteng sekolah menjadikan pusat siber atau tempat membeli-belah sebagai lokasi untuk melepak namun lain pula kerenah bagi enam sekawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abi di sini kelmarin.

Enam pelajar itu memilih untuk meraikan hari ponteng sekolah mereka dengan menunggang tiga buah motosikal mendaki bukit di Kampung Tok Lalang di sini.

Namun, keseronokan itu membawa igauan ngeri kepada kumpulan pelajar tersebut apabila salah seorang daripada mereka maut apabila motosikal yang ditunggangi ketika menuruni bukit terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.

Semasa kejadian pada pukul 12 tengah hari, mangsa Mohd. Ridzuan Baharom , 14, ditemui mati tersangkut pada sebatang pokok tepus dalam gaung yang mempunyai kedalamankira-kira 50 meter.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian sekolah hanya ditemui pada pukul 12.30 tengah malam iaitu selepas lebih 12 jam dicari oleh rakan- rakan, polis dan penduduk kampung.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat