Tentera Israel tembak rakyat Palestin, Malta di sempadan Gaza

Tentera Israel telah melepaskan tembakan dan mencederakan tiga rakyat Palestin dan seorang wanita Malta semasa satu tunjuk perasaan berhampiran kawasan persempadanan rejim Yahudi itu semalam, kata sumber perubatan dan para saksi.

Keempat-empat mangsa di tembak ketika mereka memasuki pada jarak 300 meter ke dalam kawasan persempadanan Gaza yang diistiharkan sebagai zon larangan oleh rejim Israel.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 150 orang termasuk enam warga asing mengadakan tunjuk perasaan menentang tindakan Israel mengharamkan petani Gaza mengusahakan tanah milik mereka.

Wanita Malta yang ditembak di kaki oleh tentera Israel itu dikenali sebagai Bianca Zimmit, 28, merupakan ahli kumpulan Gerakan Perpaduan Antarabangsa (ISM) yang pro-Palestin.

Menurut ISM, Zimmit cedera ditembak ketika dia sedang membuat rakaman tunjuk perasan yang berlangsung di sebelah timur kem pelarian Al-Maghazi, kira-kira 100 meter daripada kawasan sempadan.

Sumber: AFP

Comments