Polis Pun Main Dadah

Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu, SAC I Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan membabitkan tiga anggota daripada pasukan polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan dua lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak.

Sampel air kencing kesemua anggota polis berkenaan sedang disaring dan sekiranya didapati positif tindakan sewajarnya akan diambil.

Comments