Streaming TV [Live]


Tuesday, 27 April 2010

Pengarah JKR Kelantan Maut


DUA remaja melihat SUV yang dinaiki Zulkifli remuk setelah terlibat dalam kemalangan di Jeli semalam.


Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan terbunuh manakala tiga yang lain cedera ringan apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 98, jalan Kota Bharu-Machang-Grik, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, Datuk Zulkifli Ahmad, 56, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terpelanting dari kenderaan terbabit.

Sementara itu, tiga yang lain iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes), Datuk Ir. Mohamad Hussin, Pengarah Projek Jalan, Wan Muhammad Husni Abdullah dan pemandunya, Mohd. Sharif @ Abdul Rahman Ismail mengalami kecederaan.

Ketiga-tiga mangsa y dikejarkan ke Hospital Jeli (HJ) untuk menerima rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama tiga yang lain dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas makan tengah hari di sebuah kedai berhampiran dengan stesen minyak Shell dekat Jeli.

Beliau berkata, ketika pemandunya membuat pusingan U untuk pulang ke Kota Bharu, sebuah treler yang datang dari arah Tanah Merah tiba-tiba merempuh bahagian kanan kenderaan yang dinaiki mangsa.

0 comments: