Kenapa Kerajaan Takut Pada Dr "Beng Hock"?

Hantu Beng Hock telah mewakilkan Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'wakil' untuk membuktikan bahawa pembunuhannya melalaui inkues dan menjadi fobia serta trauma kepada kerajaan Malaysia.

Kementerian luar Thailand telah menerima 'isyarat' dari kerajaan Malaysia melalui 'saluran tidak rasmi', yang menghalang kehadiran pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock, 20 April ini.

Sumber dipetik media berkata Pornthip telah 'dinasihatkan' oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand di mana tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat  supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Menurut Dr Pornthip, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, dan berkemungkinan dihalang memasuki negara ini.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Pornthip sebelum ini pernah membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Beliau turut menyatakan terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Comments