Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kena Saman Lagi, Banyaknya Duit Utusan

Monday, 5 April 2010


Datang dari manakah duit Utusan Malaysia dikala jualannya semakin hari semakin merosot dan kurang mendapat sambutan dari pembeli. Ini berlaku gara-gara sikap akbar ini yang berat sebelah dalam membuat laporan dan liputan terutamanya isu berkaitan politik tanah air.

Kali ini akhbar Utusan bakal memberi 'sumbangan' kepada Ahli Parlimen PKR dari Indera Mahkota gara-gara membuat fitnah berkaitan isu lompat ke atas ahli parlimen ini. Inilah kerja Utusan dan sanggup membayar royalti kepada mereka yang difitnahnya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail memfailkan saman fitnah RM29 juta terhadap Utusan Malaysia berkaitan artikel yang disiarkan awal bulan lalu yang mendakwa beliau telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kes saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Terdahulu, Azan yang juga bekas timbalan pengerusi PKR Pahang membuat aduan polis berhubung laporan Utusan yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari PKR.

Azan dalam laporannya yang dipetik media berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk “Bahtera Siapa Semakin Bocor?” dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lalu.

Dalam laporan itu Azan mendakwa akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk timbalan pengerusi negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.
Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa beliau Ahli Parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.
Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah beliau.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat. 

Utusan diharapkan agar terus menabur fitnah dsamping menambah sumber rezeki ahli Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya ia membayar "zakat" fitnahnya itu kepada orang yang difitnahnya. Syabas kepada Utusan Munafik

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat