Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jual Dadah Guna Sistem MLM

Saturday, 10 April 2010


MOKHTAR (kiri) menunjukkan dadah dan wang tunai yang dirampas dalam operasi dadah di tiga tempat berasingan di Johor Bahru semalam.


Sebelum ini kita cuma mengenali aktiviti jualan langsung atau pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan pelbagai barangan dan keperluan harian.

Namun, polis Johor semalam membongkar kewujudan sindiket pengedaran dadah di negeri ini yang turut mengamalkan kaedah MLM bagi meningkatkan jualan di kalangan penagih.

Lebih menarik, bekalan dadah itu dibungkus menyerupai pakej bungkusan kerepek ubi. 

Sindiket terbabit difahamkan pada mulanya mencari individu yang akan bertindak sebagai downline.

Downline itu kemudian akan mengedar dadah tersebut kepada pelanggan yang telah dikenal pasti terutama di pusat-pusat hiburan.

Difahamkan, kalangan downline sindiket itu pula akan mendapat komisen daripada sindiket terbabit jika berjaya menambah rangkaian downline masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, modus sindiket tersebut terbongkar apabila lima orang pengedar dadah peringkat downline termasuk dua wanita dicekup di tiga lokasi berasingan di sini pada Selasa dan Rabu lalu.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat