Isteri Ketua Cawangan UMNO Sakit Mental Mahu Telanjangkan Orang

Angkara tidak puas hati melihat seorang wanita mentertawakan perobohan warung suaminya baru-baru ini oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah,  isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya.

Tindakan tidak bermaruah isteri ketua Cawangan Umno ini terbantut apabila anak jiran mangsa keluar secara tiba-tiba.

Selain itu, wanita malang ini turut dilemparkan dengan pelbagai kata-kata kesat dan diugut akan dibogelkan sekali lagi di khalayak ramai jika mereka bertemu lagi.

Isteri Ketua Cawangan UMNO ini juga mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini.
Berikutan insiden tersebut, mangsa bersama suami telah membuat aduan kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Suhaizan Kayat yang juga merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Suhaizan,mangsa mengalami trauma dan kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini.

Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku sebarang usaha untuk membogelkannya. Keadaan ini boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Comments