Hulu Selangor Ada Tiga Ahli Parlimen?

Semalam Parlimen Hulu Selangor P.094 telah di menangi oleh calon BN, Kamalanathan dengan menewaskan calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim. Tetapi kemenangan yang dibawa oleh BN adalah menggunakan taktik kotor.

Najib menabur duit RM40 juta kepada orang-orang felda demi menghalalkan politik kotor siang dan malam. Beberapa buah bas yang mengangkut hantu juga terlibat dalam penggunaan taktik kotor ini.

BN juga telah kehilangan pengundi Cina sebanyak75% yang telah menyokong Pakatan Rakyat kali ini. Ini menunjukkan BN sudah hilang kepercayaan dari masyarakat Cina.

Hanya pengundi yang membawa keris terus menyokong BN dikala mereka sering ditipu semenjak 15 tahun yang lalu. Janji-janji lama belum tertunai semenjak ditadbir oleh BN dan ini menunjukkan Melayu masih lagi tidak serik dengan janji-janji manis yang lama.

Akhirnya tiga orang Ahli Parlimen telah memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor iaitu Kamal yang mendapat sokongan daripada orang Melayu felda, Alan yang hanya mendapat sedikit sokongan kerana orang Cina telah menyokong PR tetapi sebab bergabung ia tetap menang dan calon dari India iaitu Nathan telah mendapat sokongan dari kaum India.

Maka lengkaplah strategi yang di canang oleh Muhyiddin Yassin bahawa calon 1Malaysianya telah berjaya mendapat tempat masing-masing dihati pengundi.

Paling membimbangkan Muhyiddin dan Najib adalah calon kaum Cina, Alan yang tidak berapa mendapat sambutan dari kaum Cina. Kedudukan ini pasti menggusarkan mereka kerana konsep 1Malaysia hampir gagal kerana Alan gagal menarik pengundi Cina untuk menyokongnya.

Comments