Streaming TV [Live]


Sunday, 18 April 2010

Guru Rentung, Seorang Maut


KEADAAN dua buah kereta yang bertembung sehingga menyebabkan dua maut di Masjid Tanah, Alor Gajah semalam.


Seorang guru rentung manakala seorang lelaki maut tersepit di tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Che Ku Mohd. Hakimi Chik Wan, 33, rentung apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandunya seorang diri terbakar selepas bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lagi mangsa, Syed Al-Amin Abdul Jalil, 25.

Isteri Syed Al-Amin, Rohana Hassan, 23, serta rakan Syed Al-Amin yang dikenali sebagai Jaidal Ibrahim yang turut berada dalam Perodua Viva berkenaan terselamat namun cedera parah.

0 comments: