Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ezam Bagaikan Biawak Hidup Belaan UMNO

Thursday, 8 April 2010

Apa lagi yang Ezam mahu ni? Sudah lama tidak dengar biawak hidup ini bersuara tiba-tiba hari ini bersama Utusan Munafik mengeluarkan kenyataan mengenai Anwar. Ezam ni suka modal kirat semula dan seorang pelakon sarkas terbaik UMNO.

Kali ini dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana membela Anwar. Tapi dia  sedar ke tidak bahawa orang tidak kisah pun akan Ezam jikalau dia tidak meminta maaf sekalipun. Siapa dia? ADUN atau Ahli Parlimen, Menteri atau Ketua Pemuda?

Dia hanyalah sampah yang dikutip oleh UMNO dan tidak ditawarkan apa-apa jawatan penting dalam UMNO. Bukan itu sahaja, UMNO tidak pernah memberikan kerusi kepadanya untuk bertanding pilihan raya bahkan ia lebih banyak memberi liabiliti kepada UMNO.

Sebagai contoh apabila dia berceramah bagi pihak UMNO maka kerusi yang UMNO pertandingkan akan kalah. Ezam adalah beban besar kepada UMNO dan sampah kepada rakyat Malaysia.

Dia juga tidak tahu dengan apa ang berlaku kepada Anwar mengenai fitnah liwat. Mustahil tidak tahu. Dulu masa dengan Anwar dia tahu yang kes itu direka-reka tetapi bila bersama UMNO maka dia telah menukarkan kenyataan kepada tidak tahu. Memang betul macam lidah biawak.

Di bawah ini adalah petikan dari akhbar Utusan Munafik mengenai dakwaan Ezam yang tidak tahu menahu mengenai kes liwat:

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.

“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.

“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin. 

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

1 comments:

rosidi1410 said...

Setelah membaca paparan pada laman ini sedikit sebanyak menyedarkan saya siapa Ezam. Beliau tidak membicarakan soal dasar tapi lebih kepada serangan peribadi. Beliau bukan pejuang tapi petualang dan dalang yang tidak menyumbangkan apa-apa kepada UMNO

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat