Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Enam Faktor BN Tumbang

Wednesday, 7 April 2010

Pertama - BN tersungkur di Selangor kerana konflik serius yang melanda gabungan itu yang menyaksikan perpecahan kronik yang membiak sehingga ke hari ini.

Kedua - Apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat.

Ketiga - Punca kekalahan BN ialah gabungan itu dilihat terlalu eksklusif dan terlalu menumpukan pergolakan yang berlaku dalam parti itu.

Keempat - Kegagalan mereka menggunakan Teknologi Maklumat turut menyumbang kepada penolakan rakyat terhadap mereka.

Kelima - Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda.          

Keenam - Kegagalan parti itu ialah masalah hubungan sesama kaum dalam parti itu yang hanya dianggap sebagai masalah kaum tertentu.

Walaupun Pengerusi BN, Najib Razak memperkenalkan slogan 1Malaysia, tetapi parti itu masih dilihat lebih kepada perkauman apabila sekutu utama parti itu terutamanya MIC, MCA dan Umno kekal dengan dasarnya yang hanya boleh dianggotai oleh kaum tertentu.

Malah, ahli Umno semakin dilihat terlalu tebal dengan semangat perkaumannya apabila menggunakan platform Perkasa, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ahlinya majoriti dari ahli Umno yang sehingga kini bertempur dengan MCA dan parti Gerakan.

Malah, slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Najib yang juga Presiden Umno dilihat aneh apabila parti itu sendiri kekal diharamkan ke Sarawak sehingga ke hari ini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat