Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Doktor Pakar Pun Ada Ancaman

Wednesday, 14 April 2010

Pakar Patalogi Tahiland, Dr Pornthip Rojanasunand sanggup memberi keterangan pada inkues Teoh beng Hock sekiranya ada jaminan keselamatan daripada Kerajaan Malaysia untuk dirinya.

Beliau yang dipetik media berkata tidak akan teragak-agak dalam memberi keterangan sekiranya diberikan jaminan rasmi daripada kerajaan Malaysia dan Pejabat Peguam Negara berhubung keselamatan dan juga kebebasannya dalam melaksanakan tugas profesional sebagai seorang saksi bebas dalam kes Teoh.

Terdahulu, Kementerian luar Thailand telah menerima 'isyarat' dari kerajaan Malaysia melalui 'saluran tidak rasmi', yang menghalang kehadiran pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock, 20 April ini.

Sumber dipetik media berkata Pornthip telah 'dinasihatkan' oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand di mana tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat  supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Menurut beliau kebimbangan mengenai keselamatannya bermula apabila pada November tahun lalu ketika terbabit dalam bedah siasat kedua, Pornthip diekori oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Tindakan itu memberi tekanan kepadanya dan kebimbangannya memuncak pada Januari lalu apabila dua laporan polis dibuat ke atasnya berdasarkan tuduhan dia membocorkan keputusan bedah siasat kedua itu.

Pornthip dijadualkan memberi keterangannya pada 20 April ini dan dijangka akan disoal mengenai pengamatannya terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat mendiang Teoh.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat