Disimbah Asid Kerana Tolak Hubungan Seks

Tindakan seorang isteri yang enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak sihat mengundang padah apabila dia disimbah asid di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini awal pagi semalam.

Suaminya yang dipercayai kaki judi itu bertindak demikian sehingga mendatangkan kecederaan parah di muka dan tubuh isterinya yang ketika itu sedang tidur kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru pulang ke rumah selepas keluar bermain judi.

Comments