Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Dibunuh Sehingga Hampir Putus Kepala

Friday, 9 April 2010

Mayat seorang pekerja kontrak warga Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya hampir terputus di sebuah rumah teres setingkat di Kampung Setia Kuang, Rawang malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Makrus, 40, ditemui kira-kira pukul 9 malam dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah dengan kesan kecederaan pada anggota badan termasuk kaki dan tangannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dilibas dengan parang berulang kali hingga mati oleh teman senegaranya yang dipercayai bermotifkan cemburu.

"Suspek yang berusia 26 tahun, mengesyaki Makrus yang menetap di Kundang, menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya sebelum menghubungi mangsa agar datang ke rumah sewa suspek kononnya untuk berbincang.

"Apabila mangsa tiba di rumah tersebut, suspek memasang radio dengan kuat dengan harapan jiran tidak mendengar pertengkaran mereka sebelum bertindak melibas mangsa di ruang tamu menggunakan parang panjang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat