Cara Baru Curi Minyak


ANGGOTA polis memeriksa sebuah lori tangki yang digunakan untuk mencuri minyak di Alor Merah, Alor Setar semalam.


Lazimnya lori tangki digunakan untuk menghantar minyak ke stesen tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila lori tangki digunakan untuk mencuri petrol dan diesel.

Kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Alor Merah di sini pada pukul 6 pagi semalam apabila empat lelaki dikesan menyedut minyak petrol daripada sebuah tangki simpanan minyak bawah tanah stesen tersebut.

Mereka pada mulanya menggunakan sebuah lori pikap untuk menyedut minyak sebelum mengisi ke dalam lori tangki yang diletakkan kira-kira 500 meter dari stesen minyak itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan sekumpulan lelaki terbabit sebelum menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan.

"Mereka yang terbabit bagaimanapun berjaya melarikan diri menghala ke arah Kepala Batas apabila ternampak kereta peronda polis menghampiri tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini. 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori tangki tersebut menemui kira-kira 1,974 liter minyak petrol yang dipercayai dicuri.

Comments