Calon BN Hulu Selangor Adalah Hantu?

Timbalan Pengerusi Umno, Muhyiddin Yassin dengan bangganya sebelum ini memperkenalkan calon MIC, P. Kamalanathan sebagai anak tempatan untuk mewakili majoriti Melayu dalam kawasan Parlimen itu.

Anehnya, calon MIC itu sebenarnya merupakan pengundi kroni kepada Presiden MIC, Samy Vellu.

Carian dilaman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, calon MIC itu merupakan pengundi dalam kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak, yang juga kawasan Samy sejak puluhan tahun lalu sebelum kecundang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.        

Ini bermakna, jentera propaganda Umno yang mendakwa kononnya calon MIC itu anak tempatan di Hulu Selangor merupakan suatu pembohongan kepada pengundi di Hulu Selangor.
Bagi memudahkan pembaca sekalian, sila masukan maklumat berikut di laman rasmi SPR di sini.
Nombor kad pengenalan calon MIC itu ialah 651018106495. (Sila Save gambar di sebelah dan besarkan untuk lebih jelas)
Terdahulu, pimpinan Pakatan Rakyat mengecam SPR kerana bersekongkol dengan Barisan Nasional kerana memindahkan ribuan pengundi di Hulu Selangor ke tempat lain termasuklah di Selayang.
Malah, SPR mendabik dada dengan mengatakan mereka berhak dan memiliki kuasa berbuat demikian mengikut Seksyen 7, Akta Pilihan Raya 1958 sekalipun ia mungkin menimbulkan keributan pada hari pengundian.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada satu sidang media beberapa hari lalu mengatakan SPR berhak dalam menentukan sempadan kawasan pilihan raya.

Malah, Wan Ahmad turut tersasul apabila cuba memberi penjelasan mengenai pewartaan melibatkan lebih 3,000 pemilih yang selama ini mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Tanjung dalam DUN Batang Kali.

Mengikut pewartaan itu, semua pemilih tersebut dipindah ke DUN Rawang pada pilihan raya kecil kali ini.

“Bila letak di DUN Rawang, kita jadikan Polling District, kita keluarkan dari Sungai Choh. Kita akan warta ehhh memang kita warta,” kata Wan Ahmad.

Bagi Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu per lima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian yang lain daripada pusat yang mereka mengundi pada pilihan raya 2008.

“Ini strategi SPR untuk menggulingkan Pakatan,” katanya.

Fuziah juga mendakwa pengundi berkenaan tidak dimaklumkan berhubung pertukaran tempat mengundi yang baru.

Menurutnya, tindakan SPR itu menunjukkan ia parti sekutu Barisan Nasional yang bertujuan mengurangkan undi kepada calon Pakatan Rakyat.

“Ini seolah-oleh SPR bertindak seolah-olah sekutu BN, ia juga menunjukkan SPR melakukan tindakan ini (pindah pusat pengundiaan) dengan sengaja dan strategi SPR untuk menjatuhkan PKR,” katanya.

Ahli parlimen Kuantan itu juga mendakwa perkara yang sama berlaku di Selangor pada pilihan raya umum 2004.

Comments