Bukan Blogger Berdiam Diri Tapi Malas Nak Layan

Semenjak akhir-akhir ini, banyak terjahan oleh Kickdefella ke atas Tok Guru Nik Aziz. Tapi itu tidak bermakna kami sebagai blogger penyokong Tok Guru mahu bediam diri. Kami cuma malas melayan karenah Kickdefella yang entah macam mana tiba-tiba mengamuk serang Tok Guru dari depan belakang atas bawah.

Memetik dari satu blog mengenai posting yang dilontarkan. Dalam blog tersebut mengatakan bahawa blogger yang menyokong Tok Guru terus berdiam diri tanpa memberi serangan balas ke atas Kickdefella sehinggakan Tok Guru sendiri yang menafikan kenyatan yang dibuat oleh Kickdefella.

Berikut adalah posting yang dipetik daripada salah satu blog. Posting ini ditujukan khas kepada blogger Tok Guru.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa.

Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita.

Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.

Comments

Manjungmari said…
Salam Tuan Rumah,,

Minta izin nak copy gambaq katun katak-katak tu..., boleh ka tidak saya nak juga... boleh no...