Bayi Tercekik Bebola Ikan


WAN ARIF FADHLA membawa jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak, Jalan Cantik, Tampin semalam.


Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam.

Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit.

Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja.

Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain.

"Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.

Comments