Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

300 Tong Abu Mayat Didasar Tasik

Thursday, 29 April 2010


ANGGOTA-ANGGOTA polis menemui tong berisi abu mayat di Tasik Zurich baru-baru ini.


Lebih 300 buah tong berisi abu mayat ditemui di dasar Tasik Zurich sedalam 9.1 meter di sini yang disyaki dibuang dari sebuah klinik bunuh diri terkenal Switzerland, Dignitas di kawasan berdekatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia ditemui secara tidak sengaja apabila sekumpulan penyelam dari sebuah agensi perkhidmatan penyelamat sedang mencari peralatan pelindung panas matahari yang terjatuh dari bot mereka sebelum menghubungi pihak polis, baru-baru ini.

Pada luar tong itu tertera logo perkhidmatan pembakaran mayat yang sering digunakan oleh klinik Dignitas yang ditubuhkan sejak 1988 kerana mengendalikan aktiviti membunuh diri untuk para pelanggannya dari seluruh dunia.

Undang-undang liberal negara itu membenarkan kegiatan membunuh diri namun pembuangan sedemikian menyalahi peraturan kerana melupuskan mayat tanpa lesen komersial seperti yang ditetapkan Agensi Alam Sekitar Switzerland.

Datuk bandar Zurich, Max Baumgartner dilaporkan terkejut dengan penemuan itu dan kini menunggu hasil siasatan pihak polis. 

Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat