UniMAP Tidak Diiktiraf


KAMPUS baru UniMAP di Pauh, Perlis tersergam indah tetapi sebahagian besar kursus yang ditawarkan IPTA itu tidak mendapat pengiktirafan. - Gambar hiasan


Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.

Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Comments