Tuntut Nafkah RM1juta Sebulan


JACQUELINE dan Peter Getty.


LOS ANGELES - Isteri seorang pewaris empayar minyak di Amerika Syarikat (AS), Jacqueline Getty memfailkan perceraian dan menuntut nafkah bulanan mencecah $314,000 (RM1 juta) daripada suaminya, Peter Getty, lapor sebuah akhbar semalam.

Jumlah tersebut termasuk perbelanjaan membeli pakaian sebanyak AS$33,000 (RM109,477).

Menurut dokumen perceraian yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Jacqueline menyatakan dia juga memerlukan AS$33,697 (RM111,789) untuk aksesori, AS$10,717 (RM35,553) bagi membeli barang kemas dan $7,495 (RM24,811) sebagai bayaran sewa bulanan dua buah keretanya.

Peter Getty ialah anak lelaki Gordon Getty, yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) dan termasuk dalam senarai 400 orang terkaya di AS oleh majalah Forbes

Sumber: Agensi

Comments